Jan 192013
 

Programming iOS/Mac memerlukan Xcode ide. anda boleh download dengan free di Mac App Store atau mungkin dari tempat lain.

1. Apabila pertama kali buka Xcode, anda akan dipaparkan seperti di bawah. Pilih Create New Project

Intro Xcode 1

2. Kita akan buat OSX application, click Cocoa Application dan tekan Next

Intro Xcode 2

3. Kemudian tulis nama application kat product name ‘Intro’. Pastikan Use Automatic Reference Counting (ARC) dicheck. Dengan ARC kita tidak perlu fikir banyak pasal memory management. Uncheck Core Data, Core Data adalah untuk application yang berasaskan database. Kemudian tekan Next.

Intro Xcode 3

4. Kemudian anda akan dipaparkan seperti gambar di bawah

Screen Shot 2013-01-20 at 9.13.54 AM

5. Di Project Navigator, anda dapat lihat files yang dicreate secara automatik oleh Xcode. Yang perlu diberi perhatian adalah AppDelegate.h, AppDelegate.m dan MainMenu.xib.

6. Dalam objective C, Class file dibahagi kepada ‘.h’ dan ‘.m’. Header file adalah file ‘.h’, ia berfungsi untuk declaration class variable/property. ‘.m’ file pula adalah implementation file, iaitu dimana code body akan ditulis. File separation antara ‘.h’ dan ‘.m’ ini juga menjadikan code nampak lebih bersih.

7. Ambil perhatian bahawa class AppDelegate adalah mula-mula dipanggil selepas App dibuka. Untuk Mac, method pertama yang dipanggil oleh App secara automatik adalah applicationDidFinishLaunching.

8. Pergi ke dalam applicationDidFinishLaunching dan tambah code ini. NSLog() berfungsi untuk log ke console. Ia bersamaan dengan printf() untuk c.

9. Kemudian tekan Run di upper left corner. Pertama sekali anda akan dapati satu window kosong. Abaikan window ini kerana ia tak termasuk dalam tutorial ini. Sila take note satu view baru dibuka dibawah iaitu Debug Area. Di console anda dapati Hello World! ditulis bermakna anda berjaya untuk langkah pertama.

Intro Xcode 5